ASAS PERTAMA:
Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah
negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau
rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
ASAS KEDUA:
Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk
mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah
bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami
melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.
ASAS KETIGA:
Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan
kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya,
manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi
dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat
diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan
hukum dan nas syariat.
ASAS KEEMPAT
Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya
adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-
Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)
ASAS KELIMA:
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak
dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan
pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung
dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat
tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi
berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.
Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak
melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.
ASAS KEENAM:
Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan
Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu
(salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika
tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak
melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah.
Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah
melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.
ASAS KETUJUH:
Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh
mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang),
sayugialah beliau mengikut mana-mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah
lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia
hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau
yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian.
Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau
meyempurnakan iimunya hingga mencapai peringkat nazar.
ASAS KELAPAN:
Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah
menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab
perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari
pahaia. Tidakiah dilarang melakukan penyelidikan (melaui perbincangan) dalam
masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan
itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta
bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa
kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.
ASAS KESEMBILAN:
Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak
membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan
sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai
contoh: membincang cabangcabang hukum yang masih belum berlaku dengan
membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang
belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan
para sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat.
Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka
diganjari menurut fiat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan
jalan keluar.
ASAS KESEPULUH:
Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu
yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat
Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa
melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah
ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan
para sahabat. Firman Allah:
وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ آُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا
“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayatayat
mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (S 3:7)
ASAS KESEBELAS:
Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran
asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya,
sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan,
adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan
dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya
tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.
ASAS KEDUABELAS:
Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat
dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah
termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang
tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.
ASAS KETIGABELAS:
Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal
saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub
(menghampirkan diri kepada Allah). Wali-wali Allah ialah mereka yang
disebutkan Allah dalam firmanNya:
الَّذِينَ آمَنُواْ وَآَانُواْ يَتَّقُونَ
“Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63)
Keramat berlaku kepada mereka dengan syaratsyarat yang telah
ditentukan syariat. Di samping itu kita beriktikad bahawa mereka tidak
berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup
dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.
ASAS KEEMPATBELAS:
Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang
disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan
Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana
bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan,
meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada
mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu
dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan
perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib
diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup puncapunca
kemungkaran.
ASAS KELIMABELAS:
Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah
melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat
berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.
ASAS KEENAMBELAS
Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafazlafaz
syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang
dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada
pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tertipu
dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama.
Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan
kepada nama yang berikan.
ASAS KETUJUHBELAS:
Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota.
Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal
anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.
ASAS KELAPANBELAS:
Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati
kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak.
Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan
suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau
mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.
ASAS KESEMBILANBELAS:
Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan
masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak
akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan
kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah
dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum
putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian
dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam
sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan
untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat
membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.
ASAS KEDUAPULUH:
Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau
maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah
syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan
sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan
mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara
pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran
yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran
yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan
yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.