Followers

Tuesday, December 22, 2009

PErIStiWA paDA 10 MUHARRAM




Mungkin diantara kita sentiasa ingat apabila bulan MUHARRAM maka buat bubur asura...tapi dalam bulan ini banyak lagi peristiwa-peristiwa yang kita tidak ketahui ...

Muharram mempunyai satu hari yang penuh keistimewaan. Keistimewaan 10 Muharram (hari ‘Asyura’), mengikut kitab I ’anah at- Thoolibin, pada hari tersebut, antaranya:

* Allah SWT menjadikan ’Arasy;


* Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh;


* Allah SWT menjadikan Qalam;

* Allah SWT menciptakan alam;


* Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat;

* Hari pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit;

* Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril;


* Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah SWT dan taubatnya diterima sehingga dia bersih dari segala dosa dan kesalahan;

* Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah SWT ke langit;

* Nabi Nuh a.s. berlabuh bahteranya setelah mengharungi banjir yang melanda bumi selama 6 bulan;

* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan dari api Raja Namrud;


* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Zulaikha;

* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun setelah berada dalam perutnya selama 40 hari;

* Nabi Daud a.s. diampuni Allah SWT; * Nabi ’Isa a.s. dinaikkan kelangit sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya;

* Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya, dengan membelahkan Laut Merah sebagai laluan untuk melepaskan dari dikejar oleh Fir’aun dan bala tenteranya;


* Allah SWT menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.; * Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan dengan sebuah kerajaan yang besar;

Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL TAHUN DAN FADHILATNYA


Do’a awal tahun ini hendaknya di baca tiga kali setiap tanggal 1 Muharram pada petang hari
sehabis shalat magrib.
Barangsiapa membacanya, maka Allah akan memberikan perlindungan dan pertolongannya
dari segala macam bencana dan godaan setan.
Sehingga dalam tahun itu akan membawa perubahan,kebahagiaan dan ketentraman lahir & bathin.
Allah juga mengutus dua malaikat yang selalu menyertainya, agar tidak terjerumus ke dalam
tipu daya setan dan terhindar dari fitnahnya,serta nafsu angkara murka yang dapat membawa
kepada kehancuran dirinya.


tapi ingat sahabat kita berdoa biarlah berniat supaya allah meredhai kita ...selebihnya biarlah allah membalas kebaikan kepada kita ...bukannya semata-mata untuk mendapat kelebihannya sahaja ....

Monday, December 7, 2009

RAWATLAH HATI DUHAI INSAN

Salam...

ape khbr sume...??mga2 sumenye dalam keadaan cht hendaknya..sdh lame blog ni tak tertulis oleh titisan pena...hehe.."tulisan pena ke?".... eh silap, tulisan grkn jari.. maklumlah..tuan punye blog ni agak busy dgn praktiklnye..tp, alhamdulillah, Allah masih lg bg kesempatan untuk saya meneruskan perjuangan di medan tulisan ni...hemm...sbnrnye tak tau nk tulis ape u dikongsi...tp, saya teringat akan satu program di kaca tv astro" Rawat Hatinya Bangunlah Insan"- ceramah bersiri oleh KH Abdullah Gymnastiar(Tuan Guru Pondok Indonesia)....shbt2 msih ingat ke?? banyak input yg telah saya dapat dr prgram ni dan penyampaiannya juga adalah sangat berkesan kerana menggunakan pendekatan yg simple dan mudah difahami...saya ada catat 5 bicarawara dr ceramah ini..seingat saya, ada bnyk bicarawara tp saya smpat menonton 5 shj.... di sini sy ingin berkongsi lah ape yg telah saya catit ketika ceramah tersebut dismpaikan oleh Tuan Guru....ikuti dan hayatilah catitan bicarawara yg telah smpat saya kumpulkan....


Bicarawara 1 : Mengenali Diri


5 Strategi

- Tulis kebaikan dan keburukan diri

- Cermin diri

- Bersama dengan org ahli”orang baik”

- Muhasabah diri

- Redha dengan diri



Insan perlu ada komitmen untuk baiki diri. Kita juga perlulah koreksi diri selalu


Orang yang sukses adalah orang yang dapat menerima kritikan.


RUMUS UNTUK KENALI DIRI


Kita harus ada keberanian untuk jujur pada diri

· Tidak perlu bangga pada pujian

· Akan lebih rendah hati dan dapat kenal Allah jika kita banyak koreksi diri


RUMUS 3M (Untuk ubah bangsa)

M-Mulai dengan diri kita

M-Mulai dari hal kecil kepada hal yang besar

M-Mulai saat ini untuk berubah


Katakan pada diri


· “ Saya adalah orang pertama yang membuat kebaikan”

· “Jangan tunda untuk buat kebaikan dan lillahitaala”



Bicarawara 2 : Kunci Hidup Tenang , Bersihkan Hati Selalu

“Barangsiapa yang banyak bertaubat, maka hatinya akan tenteram”



Kunci taubat : Menyesali perbuatan yang lalu



Orang yang bersih kalbunya mudah untuk mendapat bimbingan Allah.



Orang yang menikmati amalnya adalah ikhlas



Orang yang mudah jemu untuk berbuat kebaikan adalah kerana mereka kurang imu(ilmu mengenali Allah dan Rasulullah)



Isikan hidup dengan amal kebajikan, dan niatkan ikhlas kerana Allah


Bicarawara 3 : Rendah Hati


Dua wasiat adiknya yang cacat untuk abangnya.

  • Jika abang dapat semua isi dunia, abang belum tentu tenang dan bahagia. Kebahagiaan yg sebenar adalah mengenali Allah
  • Biar rendah hati, jgn rendah diri
  • Jangan tinggi diri, biarlah tinggi hati


Walaupun abang dapat prestasi yg terbaik di dunia ini, …………….., abang kene mencontohi Rasulullah S.A.W.


Cubaan yang sebenar ialah bukanlah kekurangan tetapi kelebihan

Bicarawara 4 : Berbeza Itu Indah



1.2B

Melihat kebaikan orang lain

Bijaksana terhadap kekurangan dan kelemahan



2L

Lihat kebaikan diri sendiri

Lihat kekurangan dan aib sendiri



2. Lihat orang lihatlah kebaikannya, selalu ingat kepada kebaikan, jangan menghina orang kerana kesalahannya.



3. Carilah persamaan sebelum mencari perbezaan.



3S untuk capai kejayaan

S- Semangat bersaudara

S-Solusi

S-Sukses



Kesimpulan: Di setiap perbezaan, pasti ada hikmah yang terselindung.


Bicarawara 5: Indahnya Hidup Bersahaja



“Dalam kesederhanaan/kebersahajaan ada keindahan”

1. Kita memiliki Sesuatu kerana satu keperluan

2. Hidup humble, bersahaja, lebih tenang hatinya, akan ringan hisabnya nanti.



TUJUAN REZEKI

Untuk kita kuat

Untuk amal-sedekah

Untuk upgrade /meningkatkan kemampuan diri kita

Untuk kita lebih berusaha lagi pada masa akan dating



Kesimpulan:

Lihat dunia hanya untuk titipan Allah

Kita mulia kerana apa yang kita beri

Kita tidak mulia dengan apa yang kita miliki



“sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat bermanfaat /banyak manfaatnya kepada orang lain”

Friday, November 13, 2009

KEISTIMEWAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH



Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.” Riwayat Al-Bukhori

Ibnu Hibban di dalam Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Seutama-utama hari ialah hari Arafah

Pada bulan Zulhijjah ini terdapat beberapa peristiwa yang terkenal dalam sejarah Islam. Bulan Zulhijjah atau dikenali sebagai bulan haji ini menyimpan pelbagai peristiwa penting dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w di dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

Di antaranya :

  • Rasulullah s.a.w telah membawa barang dagangan milik Saidatina Khadijah r.a ke Syam iaitu pada tahun ke-5 sebelum dilantik menjadi Nabi.Baiah ‘Aqabah - Perjanjian Aqabah yang berlaku pada tahun ke-13 selepas perlantikan menjadi Nabi. Perjanjian ini disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Kaum Aus dan Khazraj.
  • Tercetusnya peperangan As-Sawiq pada tahun kedua Hijrah. Di dalam peperangan As-Sawiq ini, Rasulullah s.a.w telah keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang telah menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Kumpulan Abu Sya’ban telah melarikan diri apabila mendengar mereka diekori oleh Rasulullah s.a.w, sewaktu melarikan diri ini mereka telah mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan proses melarikan diri itu.
  • Rasulullah s.a.w telah menghantar satu kumpulan tentera pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 hijrah ke perkampungan Bani Sulaim yang dikepalai oleh Ibnu Abi Al-’Arjak.
  • Ibrahim, putera Rasulullah s.a.w telah dilahirkan iaitu pada tahun ke-8 Hijrah dari isteri baginda, Mariah Al-Qibtiah.
  • Rasulullah s.a.w mengerjakan haji yang dikenali sebagai Hajjatul Wida’ atau Haji Perpisahan. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan amanat-amanat atau khutbah baginda yang terkenal itu di sini yang mengandungi amanat, peraturan, nasihat dan cara hidup dalam Islam.
  • Abu Bakar As-Siddiq r.a telah mengerjakan haji pada tahun 12 Hijrah bersama-sama Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
  • Tercetusnya peperangan di antara Tentera Islam dengan Tentera Rom, dimenangi oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Umamah Al-Bahiliy.
  • Kemenangan tentera Islam ketika menentang tentera Rom, tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Yazid bin Abi Sya’ban manakala Rom dipimpin oleh Sarjius. Perperangan berlaku di Wadi ‘Arabah di Palestin.
  • Saidina Umar Al-Khatab telah dibunuh pada 23 hijrah oleh Lu’luah Al-Majusi.
  • Saidina Uthman bin Affan telah dipilih sebulat suara oleh Majlis Syura untuk menjadi khalifah yang ke-3.
  • Saidina Ali bin Abi Tolib sebagai khalifah yang ke-4 menggantikan Saidina Uthman pada tahun 35 hijrah.

Monday, November 2, 2009

SOALAN BUDAK2 SAMPAI KE TUA ......


Ini soalan yang biasa kita dengar…

BUDAK KECIL:

Berape duit raya yang ko dapat ???


PELAJAR SEKOLAH :

Berapa A yang ko dapat dalam exam???


MAHASISWA :

Berapa CGPA @ GPA yang ko dapat???


PEKERJA :

Berapa projek yang ko dapat ,banyak x???

Macam mana perniagaan hari ni untung @ rugi???


IBU BAPA :

Macam mana anak hang, bleh masuk final pertandingan menyanyi???

Berapa banyak haji yang ko dapat main catur????


ORANG TUA :

Berapa ekar tanah yang hang ada ???

Berapa cucu hang ,sekarang ????

Pakcik tu ada lagi x ????


AKHIR SOALAN

MALAIKAT M UNGKAR DAN NAKIR : CUBA SOAL FIKIRAN KITA, APA SOALAN YANG MALAIKAT NAK TANYA MASA KITA DALAM KUBUR!!!!!


ADAKAH MALAIKAT TANYA :

a) DUIT?

b) SIJIL UPSR,PMR,SPM ,?

c) CGPA ?

d) TENTANG PROJEK ?

e) ANAK HANG PANDAI MENYANYI?

f) LUAS TANAH?

g) @???????

“ cuba bandingkan dengan kita ..kekuatan yang kita ada sekarang kemana kita gunakan?..aku pun x perfect n semua orang pun sama ….Aku x kata dunia x penting tapi pandai-pandailah kita FIKIRKANNYA >>>

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails