Followers

Friday, November 13, 2009

KEISTIMEWAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH



Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.” Riwayat Al-Bukhori

Ibnu Hibban di dalam Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Seutama-utama hari ialah hari Arafah

Pada bulan Zulhijjah ini terdapat beberapa peristiwa yang terkenal dalam sejarah Islam. Bulan Zulhijjah atau dikenali sebagai bulan haji ini menyimpan pelbagai peristiwa penting dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w di dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

Di antaranya :

  • Rasulullah s.a.w telah membawa barang dagangan milik Saidatina Khadijah r.a ke Syam iaitu pada tahun ke-5 sebelum dilantik menjadi Nabi.Baiah ‘Aqabah - Perjanjian Aqabah yang berlaku pada tahun ke-13 selepas perlantikan menjadi Nabi. Perjanjian ini disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Kaum Aus dan Khazraj.
  • Tercetusnya peperangan As-Sawiq pada tahun kedua Hijrah. Di dalam peperangan As-Sawiq ini, Rasulullah s.a.w telah keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang telah menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Kumpulan Abu Sya’ban telah melarikan diri apabila mendengar mereka diekori oleh Rasulullah s.a.w, sewaktu melarikan diri ini mereka telah mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan proses melarikan diri itu.
  • Rasulullah s.a.w telah menghantar satu kumpulan tentera pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 hijrah ke perkampungan Bani Sulaim yang dikepalai oleh Ibnu Abi Al-’Arjak.
  • Ibrahim, putera Rasulullah s.a.w telah dilahirkan iaitu pada tahun ke-8 Hijrah dari isteri baginda, Mariah Al-Qibtiah.
  • Rasulullah s.a.w mengerjakan haji yang dikenali sebagai Hajjatul Wida’ atau Haji Perpisahan. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan amanat-amanat atau khutbah baginda yang terkenal itu di sini yang mengandungi amanat, peraturan, nasihat dan cara hidup dalam Islam.
  • Abu Bakar As-Siddiq r.a telah mengerjakan haji pada tahun 12 Hijrah bersama-sama Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
  • Tercetusnya peperangan di antara Tentera Islam dengan Tentera Rom, dimenangi oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Umamah Al-Bahiliy.
  • Kemenangan tentera Islam ketika menentang tentera Rom, tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Yazid bin Abi Sya’ban manakala Rom dipimpin oleh Sarjius. Perperangan berlaku di Wadi ‘Arabah di Palestin.
  • Saidina Umar Al-Khatab telah dibunuh pada 23 hijrah oleh Lu’luah Al-Majusi.
  • Saidina Uthman bin Affan telah dipilih sebulat suara oleh Majlis Syura untuk menjadi khalifah yang ke-3.
  • Saidina Ali bin Abi Tolib sebagai khalifah yang ke-4 menggantikan Saidina Uthman pada tahun 35 hijrah.

Monday, November 2, 2009

SOALAN BUDAK2 SAMPAI KE TUA ......


Ini soalan yang biasa kita dengar…

BUDAK KECIL:

Berape duit raya yang ko dapat ???


PELAJAR SEKOLAH :

Berapa A yang ko dapat dalam exam???


MAHASISWA :

Berapa CGPA @ GPA yang ko dapat???


PEKERJA :

Berapa projek yang ko dapat ,banyak x???

Macam mana perniagaan hari ni untung @ rugi???


IBU BAPA :

Macam mana anak hang, bleh masuk final pertandingan menyanyi???

Berapa banyak haji yang ko dapat main catur????


ORANG TUA :

Berapa ekar tanah yang hang ada ???

Berapa cucu hang ,sekarang ????

Pakcik tu ada lagi x ????


AKHIR SOALAN

MALAIKAT M UNGKAR DAN NAKIR : CUBA SOAL FIKIRAN KITA, APA SOALAN YANG MALAIKAT NAK TANYA MASA KITA DALAM KUBUR!!!!!


ADAKAH MALAIKAT TANYA :

a) DUIT?

b) SIJIL UPSR,PMR,SPM ,?

c) CGPA ?

d) TENTANG PROJEK ?

e) ANAK HANG PANDAI MENYANYI?

f) LUAS TANAH?

g) @???????

“ cuba bandingkan dengan kita ..kekuatan yang kita ada sekarang kemana kita gunakan?..aku pun x perfect n semua orang pun sama ….Aku x kata dunia x penting tapi pandai-pandailah kita FIKIRKANNYA >>>

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails