Followers

Thursday, November 4, 2010

KaDar BALasaN mENGikuT KADar AmalAN



salam

Insya-allah pd kali ini saya akan cuba membahaskan tajuk " Balasan Tuhan Mengikut Kadar Amalan Kita" ...selapas saya membaca buku yg bertajuk AYYUHAL WALAD maksudnya "Wahai Anakku Tercinta" nasihat daripada Imam Al-Ghazali kepada muridnya terasa ingin berkongsi ilmu sesama kita..

antaranya ialah:

diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah mahu mnunjukkan keadaanya ini kepada para malaikat, maka Allah mngutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa: walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya namun ia masih belum layak untukmemasuki syurga Allah. apabila malaikat selesai memberitahu hal ini kepada lelaki tersebut...

Lalu lelaki itu berkata : itu bukan urusan aku. aku diciptakan untuk beribadat kepada Allah. maka itulah kerja yang mesti aku lakukan.
Apabila malikat kembali kepada tuahn alau ia berkata: wahai tuhanKu sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yg telah diperkataknnya.

lalu Allah berfirman " Apabila hambaku tidak berpaling daripada beribadat kepadaKu, maka aku membalasnya dengan kemurahanKu, aku juga tidak berpaling daripadanya. wahai para malaikatKu bersaksilah kamu semua bahawa aku telah mengampuni akan segala dosanya.


Saidina Ali k.w Berkata:


"Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada Allah taala."

Hassan al Basri berkata:

"mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa. tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amaln,bukan meninggalkan amalan."

insya-allah semoga allah menerima segala amalan kita dan meredhai kehidupan kita di dunia dan ahkirat.................. amin................
ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails