Followers

Sunday, January 31, 2010

GERAKAN FREEMASONRY



Apakah yang dimaksudkan dengan Freemason dan Iluminati???

Mungkin di kalangan kita tidak mengetahui tentang apakah yang dikatakan dengan Gerakan ini, apakah tujuannya, sejauh manakah gerakan ini mengancam pemikiran umat Islam??? Mungkin juga di kalangan kita mengetahui serba sedikit tentang gerakan ini tetapi tidak sedar tentang aliran gerakan ini yang meracuni pemikiran umat Islam secara halus......apa2pun, isu ini amat penting untuk dikupas...saya tertarik dengan isu ini apabila saya mengikuti satu diskusi ilmu di kampus dan terbaca pendedahan yang dibuat dalam blog pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan. Beliau mengejutkan rakyat Malaysia dengan membuat pendedahan mengenai unsur-unsur negatif yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang acara Anugerah Juara Lagu 3 minggu yang lepas.

Menerusi blog tersebut, ada enam perkara yang menimbulkan keraguan terutama melibatkan pentas AJL 24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Iluminati.

Berikut adalah artikel yang diambil dari utusanonline mengenai gerakan ini.


Tujuan tertubuhnya Freemason da
n Iluminati dan macam-macam lagi pertubuhan rahsia adalah ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Bukan senang ingin mengawal satu dunia disebabkan perangai dan sifat manusia yang bermacam, jadi mereka perlu meletakkan asas-asas yang kukuh supaya perancangan ini menjadi kenyataan.

Persoalannya, mungkinkah semua ini satu kebetulan atau AJL memamg sengaja dirancang ke arah menyokong gerakan berkenaan? Seperti mana dipaparkan penulis blog berkenaan, terlalu banyak persamaan yang dipaparkan oleh krew penerbitan AJL yang menyerupai ajaran berkenaan.

Antara yang paling menarik perhatian sudah tentu melibatkan set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason.

Selain itu, turut dipersoalkan kenapa pakaian penari-penari memakai kostum seperti di zaman Firaun sedangkan sudah diketahui ia bukan budaya yang harus ditonjolkan.

Anda mungkin sudah tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor. Ia digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam.

Ironinya, ramai pemain gitar pada malam AJL 24 menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet dan imej yang jelas kelihatan semasa persembahan kumpulan Hujan. Adakah ini satu kebetulan atau benar-benar dirancang??

Mohammad Sufian Talib(penulis blog) juga mendakwa wujudnya keraguan lain seperti pakaian yang dipakai oleh Alyah yang mirip kepada Lady in Red, lambang kumpulan Search yang menyerupai lambang Iluminati dan imej piramid tergambar pada pentas.

Maklumat selanjutnya, boleh layari blog saudara Sufian: http://www.jejakitinggalanrasul.blogspot.com


Ini pula adalah maklumat tentang Freemason menurut Wikipedia.

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.[1][2] Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

Terdapat banyak lagi iluminati yang terdapat di Malaysia..anda boleh melayari blog yang telah saya nyatakan di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu ini.

Ayuhlah sama-sama kita mengambil berat tentang isu yang berkaitan dengan agama kita. Janganlah menjadi Pak Turut yang hanya mengiyakan semua perkara sedangkan kita sendiri tidak menyedari bahawa sesetengah daripadanya boleh menggugat keimanan kita seterusnya menyebabkan kita goyah dalam menghadapi arus globalisasi ini.



Monday, January 25, 2010

perTElingKAHAn ISlam DAn kuFFAr



JOS, Nigeria - Penduduk Nigeria yang ketakutan memenuhi sebuah pos pemeriksaan tentera di sempadan selepas melarikan diri dari bandar Jos, Nigeria semalam.

Beberapa laporan akhbar menyatakan keadaan itu berlaku selepas perbalahan agama di antara penduduk Islam dan Kristian tercetus yang mengorbankan 450 orang manakala beberapa bangunan terbakar.

Semasa perbalahan mula merebak ke kawasan pusat bandar dan pasukan tentera mula dikerahkan untuk mengawal pergolakan, penduduk menyatakan mereka berasa amat takut berada di bandar Jos.

Di sebuah pos pemeriksaan tentera di sempadan Jos di sini banyak kereta dan bas membawa sejumlah penduduk yang mahu melarikan diri dari bandar Jos.

Beberapa pegawai negeri tidak memberikan angka kematian berhubung keganasan yang berlaku pada 17 Januari lalu di bandar tersebut.

Berpuluh-puluh kereta, rumah dan gereja serta masjid dibakar dalam keganasan itu.

Perintah berkurung dikenakan antara pukul 5 petang sehingga 10 pagi waktu tempatan.

Menurut seorang pegawai polis, perbalahan berlaku selepas sekumpulan pemuda Islam membakar sebuah gereja tetapi pemimpin-pemimpin Muslim menafikannya.

Beberapa pemimpin komuniti lain menyatakan keganasan berlaku setelah satu perbalahan berhubung sebuah rumah penduduk Muslim di sebuah kawasan perumahan penduduk Kristian. - Agensi

sumber :

http://www.kosmo.com.my

Thursday, January 21, 2010

WaHAI peJUAng ALLAH!!!!!!!!





1) Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia, Allah taala tahu betapa keras kau sudah berusaha.

2) Ketika kau sedang menangis dan hatimu terasa pedih, Allah taala telah menghitung air matamu..

3) Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menghitung sesuatu dan waktu terasa berlalu sahaja…Allah sedang menunggu di sampingmu.

4) Ketika kau fikir kau telah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, buntu fikiranmu..Allah mempunyai jawapannya.

5) Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal… dan kau merasa tertekan, Allah sentiasa bersamamu, hadirnya menenangkanmu.

6) Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan, sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

7) Ketika sesuatu berjalan dengan lancar..dan kau ingin sekali mengucapkan syukur, Allah pun memberkatimu

8) Ketika sesuatu yang indah terjadi dan jiwamu dipenuhi ketakjuban…Allah akan tersenyum kepadamu

9) Ketika kau punyai tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu yang indah..

10) Oleh itu ingatlah wahai insan yang bergelar pejuang agama tuhan, di mana pun kau berada, Allah mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu.


Wallahu a'lam….

Wednesday, January 13, 2010

PEnggUNaaN kaLIMah ALLAH.....


Penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menggunapakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat Kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan Allah adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran Kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al-Quran). Perkataan “Allah” ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa masing-masing, kerana perkataan Allah tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa lain, dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Quran.

Persoalannya ialah, adakah ianya boleh dibenarkan begitu sahaja di atas konsep kebebasan beragama? Hakikatnya, kebebasan secara saksama seharusnya mempunyai batas sempadan yang tidak menimbulkan masalah sehingga boleh mencetuskan perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Jangan sampai kita ‘terbabas’ dalam mencari kebebasan. Perkara ini perlu dijawab secara ilmu, kerana umat Islam menyebut dan menulis kalimah Allah mengikut maknanya yang sebenar sehingga menjadi akidah yang menjadi asas kepada amalan mereka.


Apa yang perlu difahami ialah, adakah penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain itu adalah mengikut makna perkataan “Allah” yang tepat, dengan maksudnya yang sebenar dari segi bahasa Arab? Atau adakah mereka yang bukan Islam itu memakai perkataan itu dengan mempunyai maksud mereka sendiri yang tidak tepat mengikut bahasa bangsa yang menggunakannya, sehingga ianya boleh menjadi ejekan atau mengurangkan maksudnya sehingga menyentuh perasaan penganut Islam yang memuja kalimah ini? Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah, bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang menggunakan perkataan “Allah” mengikut maksudnya yang sebenar inilah.

Perkataan Allah disebut oleh orang Arab atau pengguna bahasa Arab yang menganut berbagai agama, sama ada penganut Yahudi, Kristian dan penyembah berhala sejak dahulu kala. Al-Quran menyebut secara jelas bahawa penganut agama-agama itu menyebut dan menulis perkataan Allah.

Firman Allah bermaksud: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya), sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. (Surah al-Ankabut: 61)

Ayat-ayat tersebut di atas mendedahkan bahawa orang-orang bukan Islam yang menganut berbagai agama itu mengaku wujudnya Tuhan yang bernama Allah mengikut naluri dalam Tauhid Rububiyyah (adanya Tuhan Pencipta Alam) dan ianya hanya sekadar itu. Namun kepercayaan mereka sebegini tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu supaya mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup seluruhnya.

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Quran, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan Allah, pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti God dan Lord; dan kalau itulah Allah mengikut kefahaman mereka maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya. Umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa umat Islam, walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara. Kalangan penganut Kristian dengan kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Suci itu. Agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing. Mengikut ajaran Islam, perkataan Allah ialah salah satu daripada nama-nama yang banyak bagi Tuhan Yang Maha Esa (Al-Asma Al-Husna). Imam Al-Baihaqi menulis dalam kitabnya (Al-Asma wa Sifat).


“Perkataan Allah itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak berbilang lebih dari satu dan tidak ada sekutu bagiNya (sama ada dinamakan bapa, anak dan apa sahaja). Allah mengikut bahasa Arab yang fasih dan nyata bermaksud, Dia Sahaja Tuhan, Yang Maha Esa, tidak ada lagi tuhan yang lain daripadaNya. Perkataan Allah itu daripada perkataan aL-Ilah dengan menambah al kepada perkataan asal Ilah yang bermakna Tuhan secara umum. Apabila diletakkan alif dan lam (al) menjadi yang khusus satunya yang dikenali dan diyakini benarnya, kemudian dimudahkan sebutannya dengan membuang beberapa huruf, maka disebut Allah. Penambahan al dalam bahasa Arab bertujuan makrifah (yang dikenali) secara khusus yang tidak boleh dikelirukan dengan kepercayaan salah, iaitu "berbilang tuhan”. Al-Quran mengajar cara penjelasan makna yang sebenar, begitu juga hadith-hadith Rasulullah SAW.

Penjelasan inilah yang dinamakan sebagai ‘menyampaikan dakwah’, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Tanpa melarang mereka dari menyebut perkataan Allah, tetapi kita memberi penjelasan berdasarkan ilmu, bahawa penggunaan perkataan Allah oleh mereka yang percaya adanya sifat ketuhanan dan nama ketuhanan yang lain daripada Allah adalah tidak tepat.



Apabila Rasulullah SAW menghantar surat kepada raja-raja yang menganut agama kitab, dan disebut dalam surat perutusan itu firman Allah yang menjelaskan kepercayaan yang sebenar kepada Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah". Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)


Perutusan Rasulullah SAW mendedahkah bagaimana golongan ahli kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran tauhid, iaitu mengesakan Allah tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (pendita) dan pemimpin-pemimpin (arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah. Mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada rasul mereka sendiri, atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama sehingga boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja.


Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama sekali. Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah Allah di hadapan umat Islam.


Imam Ali K.W, menegaskan kepada mereka yang menyalahgunakan perkataan yang benar dengan tujuan yang salah, dengan apa nama sekalipun: (Kalimahnya benar tetapi dimaksudkan dengan tujuan yang salah). Kalimah Allah adalah paling benar, tetapi kalau menulis atau menyebut perkataan Allah laksana memakai jenama barangan untuk melariskan jualan di tengah masyarakat umat Islam, maka ianya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Keadaan ini akan menyebabkan semua kalangan umat Islam yang berbeza pertubuhan (NGO), fahaman politik dan individu, bersatu untuk mengeluarkan suara hati mereka yang sangat memuliakan kalimah Allah. Suasana sebegini boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita. Al-Quran juga memerintah penganutnya supaya tidak menghina dan mencaci penganut agama lain sehingga menyebabkan mereka mencaci Allah.


Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-An'am: 108) Demikianlah keterbukaan Islam terhadap kebebasan beragama dengan batas sempadan yang tidak menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai agama. Wallahua’alam.


Saturday, January 2, 2010

BuDAk - BUdaK zamAN seKARANG


Ertinya:


Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.


.................NI PULA CERITA DI NEGARA KITA ..........


KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.


Turut ditahan ialah lima remaja lelaki dan seorang gadis berusia 17 tahun kerana tidur sebilik di sebuah hotel murah di Jalan Besar di sini. Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Tahun Baru itu diadakan bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi membabitkan 42 kakitangan Bahagian Penguat Kuasa JAIP.


''Apa yang membimbangkan, rata-rata pasangan yang ditangkap dalam operasi itu merupakan golongan remaja bawah umur antara 15 hingga 17 tahun dan ada yang masih bersekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. Ghazali berkata, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 145(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.


''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat. ''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan.


Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan.
''Macam kes lima (remaja) lelaki dan seorang gadis itu, mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu bukan muhrim dan (perbuatan itu) salah dari segi hukum agama Islam," tegasnya. Berapa ribu ler anak dara yang hlang dara malam tu...:-?


sumber :http//www.carigold .com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails