Followers

Friday, June 12, 2009

RINGKASAN USUL 20 DARI IMAM HASSAN AL-BANNA


ASAS PERTAMA:


Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah

negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau

rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan

kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah

atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

ASAS KEDUA:


Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk

mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah

bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami

melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.

ASAS KETIGA:


Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan

kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya,

manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi

dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat

diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan

hukum dan nas syariat.

ASAS KEEMPAT


Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya

adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-

Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)

ASAS KELIMA:


Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak

dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan

pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung

dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat

tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi

berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.

Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak

melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.

ASAS KEENAM:


Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan

Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu

(salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika

tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak

melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah.

Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah

melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.

ASAS KETUJUH:


Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh

mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang),

sayugialah beliau mengikut mana-mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah

lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia

hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau

yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian.

Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau

meyempurnakan iimunya hingga mencapai peringkat nazar.

ASAS KELAPAN:


Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah

menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab

perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari

pahaia. Tidakiah dilarang melakukan penyelidikan (melaui perbincangan) dalam

masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan

itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta

bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa

kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

ASAS KESEMBILAN:


Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak

membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan

sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai

contoh: membincang cabangcabang hukum yang masih belum berlaku dengan

membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang

belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan

para sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat.

Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka

diganjari menurut fiat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan

jalan keluar.

ASAS KESEPULUH:


Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu

yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat

Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa

melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah

ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan

para sahabat. Firman Allah:


وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ آُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا


“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayatayat

mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (S 3:7)

ASAS KESEBELAS:


Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran

asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya,

sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan,

adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan

dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya

tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.

ASAS KEDUABELAS:


Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat

dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah

termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang

tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.

ASAS KETIGABELAS:


Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal

saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub

(menghampirkan diri kepada Allah). Wali-wali Allah ialah mereka yang

disebutkan Allah dalam firmanNya:


الَّذِينَ آمَنُواْ وَآَانُواْ يَتَّقُونَ


“Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63)


Keramat berlaku kepada mereka dengan syaratsyarat yang telah

ditentukan syariat. Di samping itu kita beriktikad bahawa mereka tidak

berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup

dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.

ASAS KEEMPATBELAS:


Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang

disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan

Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana

bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan,

meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada

mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu

dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan

perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib

diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup puncapunca

kemungkaran.

ASAS KELIMABELAS:


Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah

melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat

berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.

ASAS KEENAMBELAS


Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafazlafaz

syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang

dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada

pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tertipu

dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama.

Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan

kepada nama yang berikan.

ASAS KETUJUHBELAS:


Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota.

Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal

anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.

ASAS KELAPANBELAS:


Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati

kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak.

Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan

suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau

mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.

ASAS KESEMBILANBELAS:


Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan

masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak

akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan

kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah

dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum

putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian

dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam

sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan

untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat

membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.

ASAS KEDUAPULUH:


Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau

maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah

syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan

sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan

mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara

pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran

yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran

yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan

yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.

Wednesday, May 13, 2009

JAGA 7 SUNNAH NABI.......



Cerdasnya orang yang beriman adalah dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana mati adalah pintu berjumpa Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup tetapi mati adalah awal cerita sebenarnya. Maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.

Hendaklah kita menjaga tujuh sunnah nabi SETIAP HARI. Ketujuh sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah :

Pertama :

tahajjud kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:

membaca al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga :

jangan tinggalkan masjid (atau musollah) terutama di waktu Subuh. Sebelum melankah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid kerana masjid pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muezzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat :

jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima :

jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam :

jaga wudhu’ terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’. Kata Khalifah yang keempat Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a : “Orang yang selalu berwudhu’ sentiasa ia akan merasa selalu solat, dan dijaga dengan malaikat dengan dua doa; ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

Ketujuh :

amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir. Oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi dan dengannya pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah manusia daripada sifat-sifat haiwan yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Mudah-mudahan ada manfaat kita bersama, insyaAllah.

Tuesday, April 21, 2009

SEMUANYA 3 !!!!!!!!!!!!





TIGA NASIHAT

1.Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya.
2.siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata.
3.siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya dengan semua manusia.

TIGA PERKARA YANG MENIMPA DIDALAM KUBUR

1.Allah SWT akan mewakilkan malaikat-Nya untuk menakut-nakuti dalam kuburnya.
2.Serta sempit baginya kuburannya.
3.Serta akan menjadi gelap kuburannya.

TIGA PERKARA DIHARI KIAMAT DAN KELUAR DARI KUBUR

1.Allah SWT akan mewakilkan malaikat-Nya, menyeret mukanya dan makhluk Allah SWT yang lain melihatnya.
2.Allah SWT menghisabnya dengan hisab yang berat.
3.Allah SWT tidak akan melihat kepadanya dan tidak akan menyucikannya dan baginya siksa yang pedih.

TIGA PERKARA YANG HARUS DIJAUHI"

1.Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. 2.Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. 3.Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya.

"
TIGA PERKARA YANG MENYELAMATKAN

1.Takut kepada Allah SWT
2.Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya.
3.Tetap adil ketika senang dan marah.

TIGA PERKARA YANG MEMBINASAKAN

1.Amat bakhil.
2.Memperturutkan nafsu.
3.Merasa hairan melihat kehebatan dirinya.

TIGA PERKARA MENINGGIKAN DERAJAT

1.Menyebarkan ucapan salam.
2Suka memberi makan fakir miskin
3Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur.

TIGA PERKARA PENGHAPUS DOSA

1.Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk.
2.Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah.
3.Suka menunggu kedatangan solat."

TIGA PERKARA YANG DAPAT PERLINDUNGAN ALLAH DI HARI KIAMAT

1.Orang yang tetap berwuduk pada waktu-waktu yang sulit.
2.Orang yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib , Isyak dan Subuh
3.Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan."


Wednesday, April 15, 2009

ZIKIR MUNAJAT


سُبْحَانَ اللهُ وَالْحَمْدُ لله وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر. (X8)



1. الله, الله, الله, يـــــآ اللهُ... (X8)



2. حسبى ربى جل الله, ما فى قلبى غير الله, نور محمد صلى الله. (X5)


3. تبنا الى الله, ورجعنا الى الله, وندمنا على ما فعلنا. (X3)


4. فسبحان من لا يقدر الخلق قدره, ومن هو فوق العرش فرد موحد, مليك على عرش السماء مهيمن, لعزته تعنوا الوجوه وتسجد.


حسبى ربى جل الله, ما فى قلبى غير الله, نور محمد صلى الله. (X5)


ليس لها من دون الله كاشفه. (X5)


لا إله إلا الله, الملك الحق المبين (X5)


محمد رسول الله, صادق الوعد الأمين.


أستغفرالله, إن الله كان توَّابا. (X 5)

إلهى لست للفردوس أهلا ولا أقوى على نارالجحيم فهب لى توبةً واغفر ذنوبى فإنك غافر الذنب العظيم.

إلهى عبدك العاصى أتاك مقرًّا بالذنوب زقد دعاك فإن تغفر فأنت لذاك أهلٌ وإن تطرد فمن أرجو سوا
.

Friday, March 6, 2009

PENGHULU KITA ????


MAKAM RASULULLAH S.A.W



PENGERTIAN

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.



Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;


Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.


Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.


Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.


Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


SAHABAT SEKALIAN SEJAUH MANAKAH AMALAN YANG KITA LAKUKAN SAMPAI SEKARANG

DAN

ADAKAH KITA MENGIKUT SEPENUHNYA SUNNAH RASULULLAH ??!!!!!!!
ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails