Followers

Monday, January 3, 2011

BaGAimANA CAra MeMbentUK akHLak???


1. Berguru dengan guru yang mampu mendidik anda. Guru itu mestilah seorang yang bersih hatinya dan mantap agamanya. Beliau mampu melihat kelemahan yang ada pada diri anda dan mampu memberikan petunjuk tentang cara untuk memperbaiki dan mengubati kelemahan itu.

2. Berkawan dengan seorang yang baik lagi mantap agamanya. Sahabat anda itu boleh membantu anda untuk memperbaiki akhlak dan anda perlu menerima teguran ikhlas darinya. Inilah jalan yang pernah dilalui oleh tokoh-tokoh Islam sebelum ini. Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada Salman Al-Farisi, “Apakah kelemahan yang kamu ketahui tentang diriku?” Sahabat Salman terus menyebutkan dua kelemahan yang ada pada Omar dan Omar menerimanya dengan baik sekali. Mengikut riwayat yang lain, Omar pernah bertanya kepada Huzaifah, “Adakah kamu nampak dalam diriku tanda-tanda kemunafikan?” Sahabat Huzaifah berkata, “Tidak ada.” Begitulah caranya sahabat-sahabat nabi bersahabat.

3. Memanfaatkan komen-komen negatif dari musuh. Sepatutnya manusia lebih banyak memanfaatkan komen musuh yang menceritakan tentang kekurangan dirinya daripada mendengar puji-pujian kawan yang ingin mengampunya. Orang-orang biasa menganggap komen-komen musuh sebagai pandangan yang tidak bernilai. Sebaliknya orang-orang yang tajam mata hatinya suka mengambil manfaat dari komen-komen itu.

4. Mengambil iktibar dari kelemahan orang lain. Dalam pergaulan kadangkala anda akan melihat perangai dan sikap negatif orang lain. Ketika itu hendaklah anda menjadikan kelemahan orang itu sebagai kelemahan anda yang perlu anda perbaiki. Jadikan orang lain sebagai cermin tentang diri anda kerana sesungguhnya orang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain. Nabi Isa pernah ditanya, “Siapakah yang mendidik engkau?” Nabi Isa menjawab, “Aku melihat orang bodoh dengan kebodohannya dan (aku mendidik diri) dengan menjauhi kebodohan itu.”


Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. Alexandria)
Pengamal Perubatan & Pengurus Klinik Syifa,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd.
Motivator Mutiara FM (Radio Malaysia Pulau Pinang),



Wednesday, December 8, 2010

PERISTIWA 10 MUHARRAM


10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwapenting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram

berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram

12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di

dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

Thursday, November 4, 2010

KaDar BALasaN mENGikuT KADar AmalAN



salam

Insya-allah pd kali ini saya akan cuba membahaskan tajuk " Balasan Tuhan Mengikut Kadar Amalan Kita" ...selapas saya membaca buku yg bertajuk AYYUHAL WALAD maksudnya "Wahai Anakku Tercinta" nasihat daripada Imam Al-Ghazali kepada muridnya terasa ingin berkongsi ilmu sesama kita..

antaranya ialah:

diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, lalu Allah mahu mnunjukkan keadaanya ini kepada para malaikat, maka Allah mngutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa: walaupun ia telah beribadat 70 tahun lamanya namun ia masih belum layak untukmemasuki syurga Allah. apabila malaikat selesai memberitahu hal ini kepada lelaki tersebut...

Lalu lelaki itu berkata : itu bukan urusan aku. aku diciptakan untuk beribadat kepada Allah. maka itulah kerja yang mesti aku lakukan.
Apabila malikat kembali kepada tuahn alau ia berkata: wahai tuhanKu sesungguhnya engkau Maha Mengetahui apa yg telah diperkataknnya.

lalu Allah berfirman " Apabila hambaku tidak berpaling daripada beribadat kepadaKu, maka aku membalasnya dengan kemurahanKu, aku juga tidak berpaling daripadanya. wahai para malaikatKu bersaksilah kamu semua bahawa aku telah mengampuni akan segala dosanya.


Saidina Ali k.w Berkata:


"Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada Allah taala."

Hassan al Basri berkata:

"mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa. tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amaln,bukan meninggalkan amalan."

insya-allah semoga allah menerima segala amalan kita dan meredhai kehidupan kita di dunia dan ahkirat.................. amin................

Tuesday, October 12, 2010

Sifat Kezaliman dan Kebinatangan Yahudi La' natullah


BAITULMUQADDIS - Ketegangan berhubung insiden seorang pendatang Yahudi merempuh dua budak lelaki Palestin yang membaling batu di timur Baitulmuqaddis merebak ke Parlimen Israel semalam.

Suasana tegang pada persidangan Parlimen Israel memuncak apabila anggota-anggota Parlimen Yahudi dan Arab-Israel saling melabelkan satu sama lain sebagai 'pengganas' dan 'orang gila' selepas kejadian itu berlaku minggu lalu.

Dalam rakaman insiden pada Jumaat lepas, dua budak lelaki bertopeng sedang berdiri bersama sekumpulan pembaling batu apabila mereka dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang pendatang Yahudi yang kemudian melarikan diri.

Seorang budak lelaki itu terpelanting dan tersembam pada cermin hadapan kenderaan tersebut sebelum terhumban ke jalan.

sumber : kosmo

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails