Friday, May 11, 2012
JAGA AURAT, JANGAN SOMBONG
" Jikalau dia rasa hebat, katakan kepada mereka yang hidup sewaktu kematiannya jangan kafankan aku untuk bertemu tuhan (ALLAH)".
"untuk renungan bersama sebelum bertemu ALLAH"
Friday, March 16, 2012
BIODATA: TUAN GURU HAJI SALLEH SIK KEDAH ( ULAMA' USULUDDIN )
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik Bilangan
Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan : - 1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah ,
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah .
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya .
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang Tahun 1964
Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU.
Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .
-ke 2 beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh
- Ke 3 beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkanKuliah minguan beliau setiap hari Jummat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .
-Ke 4 ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya " Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik "
-ke 5 beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)
-ke 6 fikiran beliau sangat terbuka
-ke 7 beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat , PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau.
Seorang ulama di negeri Kedah berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"
Kalau ada orang datang berjumpa dgn tuan guru utk minta menoreh getah di kebun tuan guru,1 soalan ja yg tuan guru tya..Mu solat x? jwb org yg dtg mnta utk menoreh getah tu,kadang2 je solat tok guru,lalu dgn slamber je tok guru jwb,dgn tuhan pon Mu nk kecoh,dgn manusia lg lar.
Saturday, February 11, 2012
NABI MUHAMMAD S.A.W

kita bagaimana?
baginda selalu mengingati kita.
kita bagaimana?
baginda berjuang untuk menyelamatkan ummatnya.
kita bagaimana?
baginda siang dan malam berdoa untuk kita .
kita bagaimana?
baginda menyampaikan dakwah dan risalah islam.
kita bagaimana?
baginda bertumpah darah menghadapi musuh islam.
kita bagaimana?
ayuh muslimin dan muslimat semua, kita bukan pemula bagi dakwah dan kita bukan pula pengakhir bagi dakwah. kita adalah mata rantai di dalam saf perjuangan untuk menyampaikan risalah suci ISLAM demi mencapai Mardhotillah.
Sunday, January 1, 2012
BeRKAt BerSAMa ULAMA AkHirAT
Sunday, December 11, 2011
KUNCI SYURGA لا إله إلا الله

Kunci syurga adalah KALIMAH "
لا إله إلا الله" ...sebuah hadith:
من قال : لا إله إلا الله ( مخلصا ) دخل الجنة
"Barangsiapa mengucapkan Kalimah Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan,maka dia akan masuk syurga..."
1) sebesar manapun dosa dan lamanya berada di neraka ALLAH, jkalau ada kalimah ini dalam dirinya dengan izin allah akan di masukkan kedalam syurga ALLAH..
2) tetapi siksaan ALLAH itu amat pedih..
3) jkalau org kafir membuat kebaikan n melakukan solat spt org islam...tetapi akidah mereka x mentauhidkan kepada ALLAH maka ia hanya sia-sia...
4) smga allah sentiasa ,menjaga n meneguh IMAN kita semua sampai bertemu dengan ALLAH...insya-allah...
Wednesday, December 7, 2011
PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwapenting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10Muharram
berbanding dengan hari-hari yang lain ?"Sabdanya :
1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
13.Dilahirkan NabiIsa a.s. pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Saturday, November 26, 2011
HIJRAH SATU TITIK PERMULAAN HIDAYAH...
DOA AKHIR TAHUN
Maksud Doa:DOA AWAL TAHUN
Maksud Doa:


