Followers

Tuesday, April 5, 2011

GEMPA BUMI DAN MALAYSIA BERSERTA DALIL DARI ALQURAN DAN HADIS.....



FIRMAN ALLAH S.W.T:

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya;maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur- hancurnya.

Al-Israa ayat 16. (17:16)


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak berlaku kiamat sehinggalah terjadinya perang antara dua kelompok besar yang menyebabkan kematian yang amat banyak, sedangkan seruan mereka adalah sama (yakni dalam menegak keadilan, dan dikatakan telah terjadi perang tersebut antara Sayidina ‘Ali dan Mu’awiyah),… dan terjadi banyak gempa bumi…”.

(Sahih al-Bukhari dan Muslim)



PERGERAKAN DARATAN MALAYSIA MENGHAMPIRI KE TITIK GEMPA BUMI
....MALAYSIA KINI....


KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.


SUMBER : BERITA HARIAN...

No comments:

Post a Comment

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails