Followers

Monday, October 26, 2009

Beritahu Pada Muslimah




Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

sumber : www.iLuvIslam.com
saiful_ilham

p/s : jagalah diri kita sebaik-baiknya, wahai insan bergelar wanita..
hargailah kurniaan yg Maha Hebat dr Allah...


Saturday, October 24, 2009

SALAM PERJUANGAN





SALAM PERJUANGAN BUAT ADIK-ADIK GENERASI PENYELAMAT UMMAH..BUAT PIMPINAN BARU - SEMOGA TRUS IZZAH DALAM BERJUANG..SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA..AMIN...

Mudah-mudahan sesi baru selepas ini akan disulami dan disertai dengan azam baru untuk memberi sumbangan demi keutuhan dan kelangsungan GPU sebagai satu wadah perjuangan generasi dan akhirnya menjadi suatu tambatan akhirat....insyaAllah...

TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!!

Thursday, October 8, 2009

RENunGaN BERsAmA


KITA SERING MENGUCAPKAN “AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.A.W” TAPI SE

JAUH MANAKAH KITA BERSYUKUR KEPADANYA ….SAYA JUGA MENASIHATI DIRI SENDIRI.. BANYAK KELEMAHAN YANG KITA ADA..TAPI KITA TIDAK SEDAR KADANG-KADANG KITA SENDIRI MENCARI NAHAS UNTUK DIRI SENDIRI.

KITA SERING MENGATAKAN PERKARA BAIK KEPADA ORANG LAIN, TAPI KITA SEBALIKNYA..SAYA TERTARIK DENGAN IKLAN INI ( SOAL KATA LIDAH BOLEH BOHONG, SOAL RASA LIDAH TAK BOLEH BOHONG)..NAK TERGELAK SAYA TENGOK IKLAN INI..TAPI KALAU DI TENGOKKAN MEMANG BETULLAH ...APA YANG KITA KATA BANYAK YANG BOHONG DARIPADA BETUL....APA YANG SAYA TULIS INI SAYA TUJU KEPADA SAYA SENDIRI....

OLEH ITU HATI YANG MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM KEHIDUPAN KITA :

TAPI HATI ITU ADA 4 MACAM SEMUANYA :

* Hati yang tidak berselaput, di dalamnya terdapat pelita yang menerangi. Ini hati orang mukmin.

* Hati yang hitam tak tentu tempatnya. Ini hati orang kafir.

* Hati yang terbelenggu diatas kulitnya. Ini hati orang munafik.

* Hati yang mendatar, padanya terdapat iman dan nifaq (kemunafikan). Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air tawar. Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati tertarik.

Hati yang ke-4 inilah yang terdapat pada kebanyakan kaum muslimin. Amalnya bercampur aduk sehingga keburukannya lebih banyak daripada kesempurnaannya ..

CUBA KITA BANDINGKAN HATI KITA DENGAN YANG 4 MACAM HATI DIATAS, HATI KITA BERADA DI MANA SEKARANG?????





Friday, October 2, 2009

JADILAH PERIBADI MUKMIN YANG KUAT

Agak bosan bila tidak menulis sesuatu...masa yang ada ni perlu kita manfaatkan dgn baik..Semalam saya terbaca satu sabda Rasulullah S.A.W..sy amat tertarik dgn kata-kata ni..bleh dijadikan panduan untuk kita semua dan saya ingin berkongsi lah dgn shbt.

Dalam buku tu tertulis tentang visi unggul seorang mukmin..banyak penekanan kepada perlunya kita sebagai seorang mukmin untuk menjadi kuat, bersih hati dan berguna kepada Islam...

Petikan sabda Rasulullah :

Jadilah mukmin yang kuat. Kerana dengan kekuatannya banyak memberi manfaat. Rasulullah bersabda,

"Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada seorang mukmin yang lemah, dan pada diri masing-masing dari keduanya terdapat kebaikan. Bersungguh-sungguhlah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpamu, janganlah kamu mengatakan, " Seandainya aku melakukan begini, nescaya akan begini dan begini", akan tetapi katakanlah, "Allah telah mentakdirkan hal itu, dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan terjadi", kerana sesungguhnya perkataan "seandainya" akan membuka perbuatan syaitan". (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah ra.)

Sabda Rasulullah lagi.

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain"

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang panjang umurnya dan banyak amalnya"

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya"

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain"

Amat terkesan kan pada diri bila membaca sabda Rasulullah ni...ana harap cebisan ilmu ni bleh la kito kgsi dan renung untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa..amat penting untuk kita terus bersemangat nak buat kerja Islam..bukan sesuatu yang mudah kan sahabat...kadang-kadang kita kuat, dan kadang-kadang kita lemah..tp, tu tak menjadi alasan untuk kita tinggalkan sunnah perjuangan Rasulullah ni..ada satu lagi kata-kata yang ingin saya kongsi...sama-samalah kita renungkan ye...

Al Mutanabi mengatakan,

"Manusia dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Kebesaran jiwa mereka yang menentukan kerja mereka memang besar. Di mata orang-orang kerdil, masalah-masalah simple menjadi besar. Bagi yang berjiwa besar, masalah-masalah besar terlihat kecil." (Gatra, 4 Maret 1995)

Imam Syafie pula mengatakan " Kalau aku hidup aku tak takut kehilangan makanan. Kalau aku mati aku tak takut kehilangan kuburan. Jiwaku jiwa yang merdeka yang melihat kelemahan sebagai kekufuran."

Demikianlah orang-orang besar. Mereka memiliki visi yang besar, pandangan besar.Persepsi yang benar. Langkah yang tegar. Idea-idea yang selalu segar.

Oleh itu, ana harap kata-kata yang tercoret ini akan menjadi semangat untuk kita terus berjuang..betul tak sahabat...? Semoga Allah terus menerus memberi kekuatan kepada kita...InsyaALLAH..

PETIKAN KATA-KATA DARI BUKU ZERO TO HERO
Penulis: Solikhin Abu Izzudin

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails