Followers

Sunday, January 31, 2010

GERAKAN FREEMASONRY



Apakah yang dimaksudkan dengan Freemason dan Iluminati???

Mungkin di kalangan kita tidak mengetahui tentang apakah yang dikatakan dengan Gerakan ini, apakah tujuannya, sejauh manakah gerakan ini mengancam pemikiran umat Islam??? Mungkin juga di kalangan kita mengetahui serba sedikit tentang gerakan ini tetapi tidak sedar tentang aliran gerakan ini yang meracuni pemikiran umat Islam secara halus......apa2pun, isu ini amat penting untuk dikupas...saya tertarik dengan isu ini apabila saya mengikuti satu diskusi ilmu di kampus dan terbaca pendedahan yang dibuat dalam blog pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan. Beliau mengejutkan rakyat Malaysia dengan membuat pendedahan mengenai unsur-unsur negatif yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang acara Anugerah Juara Lagu 3 minggu yang lepas.

Menerusi blog tersebut, ada enam perkara yang menimbulkan keraguan terutama melibatkan pentas AJL 24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Iluminati.

Berikut adalah artikel yang diambil dari utusanonline mengenai gerakan ini.


Tujuan tertubuhnya Freemason da
n Iluminati dan macam-macam lagi pertubuhan rahsia adalah ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Bukan senang ingin mengawal satu dunia disebabkan perangai dan sifat manusia yang bermacam, jadi mereka perlu meletakkan asas-asas yang kukuh supaya perancangan ini menjadi kenyataan.

Persoalannya, mungkinkah semua ini satu kebetulan atau AJL memamg sengaja dirancang ke arah menyokong gerakan berkenaan? Seperti mana dipaparkan penulis blog berkenaan, terlalu banyak persamaan yang dipaparkan oleh krew penerbitan AJL yang menyerupai ajaran berkenaan.

Antara yang paling menarik perhatian sudah tentu melibatkan set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason.

Selain itu, turut dipersoalkan kenapa pakaian penari-penari memakai kostum seperti di zaman Firaun sedangkan sudah diketahui ia bukan budaya yang harus ditonjolkan.

Anda mungkin sudah tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor. Ia digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam.

Ironinya, ramai pemain gitar pada malam AJL 24 menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet dan imej yang jelas kelihatan semasa persembahan kumpulan Hujan. Adakah ini satu kebetulan atau benar-benar dirancang??

Mohammad Sufian Talib(penulis blog) juga mendakwa wujudnya keraguan lain seperti pakaian yang dipakai oleh Alyah yang mirip kepada Lady in Red, lambang kumpulan Search yang menyerupai lambang Iluminati dan imej piramid tergambar pada pentas.

Maklumat selanjutnya, boleh layari blog saudara Sufian: http://www.jejakitinggalanrasul.blogspot.com


Ini pula adalah maklumat tentang Freemason menurut Wikipedia.

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.[1][2] Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

Terdapat banyak lagi iluminati yang terdapat di Malaysia..anda boleh melayari blog yang telah saya nyatakan di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isu ini.

Ayuhlah sama-sama kita mengambil berat tentang isu yang berkaitan dengan agama kita. Janganlah menjadi Pak Turut yang hanya mengiyakan semua perkara sedangkan kita sendiri tidak menyedari bahawa sesetengah daripadanya boleh menggugat keimanan kita seterusnya menyebabkan kita goyah dalam menghadapi arus globalisasi ini.



No comments:

Post a Comment

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails