Followers

Saturday, January 2, 2010

BuDAk - BUdaK zamAN seKARANG


Ertinya:


Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.


.................NI PULA CERITA DI NEGARA KITA ..........


KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.


Turut ditahan ialah lima remaja lelaki dan seorang gadis berusia 17 tahun kerana tidur sebilik di sebuah hotel murah di Jalan Besar di sini. Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Tahun Baru itu diadakan bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi membabitkan 42 kakitangan Bahagian Penguat Kuasa JAIP.


''Apa yang membimbangkan, rata-rata pasangan yang ditangkap dalam operasi itu merupakan golongan remaja bawah umur antara 15 hingga 17 tahun dan ada yang masih bersekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini. Ghazali berkata, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 145(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.


''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat. ''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan.


Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan.
''Macam kes lima (remaja) lelaki dan seorang gadis itu, mereka sanggup tidur sebilik, sedangkan mereka tahu bukan muhrim dan (perbuatan itu) salah dari segi hukum agama Islam," tegasnya. Berapa ribu ler anak dara yang hlang dara malam tu...:-?


sumber :http//www.carigold .com

No comments:

Post a Comment

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails