Daripada Abu Zar r.a katanya
, “Aku bertanya Rasulullah SAW : “ Manakah satu amalan lebih utama?” Baginda bersabda: “ Beriman di jalan Allah dan berjihad di jalan-Nya. Aku bertanya lagi : “ Memerdekakan hamba yang manakah yang lebih utama? Baginda bersabda : “ Yang lebih mahal harganya dan yang lebih bernilai di sisi pemiliknya.” Abu Zar bertanya lagi : “ Jika saya tidak dapat melakukannya?” Baginda bersabda : “ Engkau menolong orang yang berbuat atau engkau melakukan untuk orang yang tidak dapat berbuat. Abu Zar bertanya lagi : “Jika saya tidak dapat berbuat?” Sabda baginda : “ Engkau menjauhkan orang dari kejahatan kerana ia satu sedekah yang engkau bersedekah ke atas diri mu.”
(al-Bukahri dan Muslim)
Huraian
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah SWT sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk (neraka).
assalamualaikum..........
ReplyDeletesekalung thniah utk moderator yg tlah wt blog utk gpu.........akhrnya dpt gak gpu ado blog tsndri.alhamdulillah.........
smoga kta smua dpt join blog ni, utk mgrtkn lg ukwh kta smua.... ana mntk maaf coz bru join blog gpu...
salam ukwah fillah abadan abada utk shbt2 smua..
utk gen 2, chaiyo2.......
assalamualaikum.........
ReplyDeletesekalung tahniah utk moderator krn dpt gak wt gak blog utk gpu
ana bhrap shbt2 dpt join blog gpu.....
sma2 kta mmriahkan blog ni.hehe