Ya allah
Aku bersyukur kepada Mu ya allah
Kau telah menjaga diriku dari kecil sehingga kini
Kau juga telah menjadikan aku seorang muslim
Aku bersyukur sepenuh hati ku pada mu ya allah
Ya allah
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan yang ku terima
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
Ada juga ujian yang kau beri tak dapat ku gagahi
Ya allah
Dosa-dosa ku menggunung tinggi
Segala perintah mu aku tinggalkan
Hanya sedikit sahaja aku ikuti
Layakkah aku menempuh syurga mu ?
Ya allah
Aku sedar diriku amat lemah
Aku adalah hamba yang kerdil
Kau berkuasa ke atas diriku
Tapi aku sentiasa sombong pada mu
Ya allah
Aku jarang sekali menangis
Mengingati dosa-dosa ku yang silam
Walaupun aku menangis
Aku tetap mengulangi kesilapan silam
Ya allah
Aku tak layak menempah syurga mu
Untuk mengatakannya amat mudah sekali
Untuk melaksanakannya susah bagi ku
Melainkan petunjuk dari mu
Ya allah
Jangan kau campakkan amalanku
Seperti kain buruk ke atas mukla ku
Apabila ku bertemu dengan mu
Terimalah amalanku ya allah
Ya allah
Kini ku kembali kepada mu
Mengharapkan maghfirah dari mu
Aku bermohon ampun kepada mu
Moga terampun dosa –dosa ku
Ya allah
Berikanlah kejayaan kepada ku
Dan saudara-saudara ku yang berjuang di luar sana
Moga tertegak kembali
Kalimah mu di atas muka bumi
Ya allah
Jadi kanlah aku salah seorang pejuang mu
Untuk berjuang dalam agama mu
Moga kau meredhai diri ku
Dan bersama dengan orang kau redhai…
AMIN ………
No comments:
Post a Comment