Followers

Sunday, January 11, 2009

SHAHADAH DAN MARI BERUSRAH...

usrah pertama


"SYAHADAH"

definisi = Pengetahuan,penerangan,pengkhabaran,pernyataan,pengisytiharan.

Syahadah merupakan pra-syarat utama untuk betul-betul memasuki Islam.Kalimah syahadah merangkumi aspek;

1.ikrar
2.iqtikad (pengakuan)
3.iktiraf

ayat "ash hadu alla ila ha illallah..wa ash hadu anna muhammadarrasulullah " yakni kalimah syahadah adalah penafian terhadap tuhan-tuhan palsu yg lain seperti berhala,matahari dan sebagainya.
Ianya turut merangkumi segenap aspek dalam kehidupan sebagai seorang muslim iaitu;

1. Tempat bergantung dan matlamat perhatian
2. Sebagai tempat tumpuan kecintaan
3. Sebagai tempat perlindungan
4. Sebagai pemberi rezeki
5. Sebagai sumber perundangan

perkara-perkara yg membatalkan syahadah

1. Sujud kepada makhluk.
-Jika dahi telah mencecah tanah,secara automatik menjadi kafir walaupun hanya sebagai lakonan.
2. Menyembelih binatang atas nama makhluk
3. Membuang al -quran /kitab-kitan syara' ketempat yg bernajis
4. Tunduk/rukuk kepada makhluk dengan khasad
5. Perkataan-perkataan atau lafaz yang menyebabkan murtad/syirik
6. Mendustakan nabi
7. Tidak percaya kepada hari akhirat
8. Mendustakan kebenaran (contoh seperti aurat,solat dan hukum hakam yg lain)
9. Melafazkan kalimah-kalimah kufur
10.Menyangkal ayat al-quran (tidak menerima ayat al-quran)
11.Meremeh-remehkan sunnah nabi
12.Menghalalkan yang haram
13.Menafikan perkara-perkara yg tetapkan wajib
14.Mengaku dirinya nabi.(contoh seperti Musailamatul kazab)
15.Orang yg berangan-angan utk menjadi kafir
16.Mengesyaki dirinya kafir
17.Meremeh-remehkan hukum Allah
18.Mempersendakan lafaz "bismillah hirrahman nirrahim"
19.Mempermain-mainkan tuhan
20.Mengibaratkan perangai satu-satunya org kafir lebih baik dari orang Islam.

kesimpulan :. Syahadah merupakan satu pengsiytiharan seorang mukmin untuk bertuhankan hanya kepada Allah.Sebagai hamba-Nya,kita perlu mengikuti segala suruhan dan menjauhi larangan-Nya.Dalam kehidupan seharian,kita perlu berhati-hati dalam melakukan/mengucapkan sesuatu perkara kerana mungkin hanya dengan sepatah ucapan,syahadah kita terbatal walaupun secara tidak sedar.Nauzubillah himin dzalik.Sama-samalah kita memohon keampuanan dan keredhan Allah dalam meneruskan kehidupan sementara .




mengenali usrah

:mLove:

USRAH=

satu kelompok individu muslim yg berkumpul untuk saling memahami dan membantu dalam menghayati Islam.

Usrah bukan sekadar tempat untuk memberi ilmu bahkan merupakan tempat untuk membincangkan sesuatu perkara.Tugas setiap ahli usrah adalah untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain sekaligus membentuk satu paduan rohani dan jasmani.

tujuan usrah

1.mendapat mardhatillah
sebagai hamba Allah,setiap perkara yg kita lakukan,seharusnya kita mengharapkan keredhaan-Nya.kita perlu berusaha sedaya yg mungkin utk tunduk,patuh dan taat kepada suruhan-Nya sekaligus menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.Firman Allah dalam surah ali -imran, " apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yg besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam?Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" (al-imran:162)

2.merapatkan ukhuwah
setiap mukmin itu sesungguhnya adalah bersaudara antara satu sama lain.sabda Rasulullah s.a.w "la yu'minu ahadukum,hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsih" yg bermaksud," tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia kasihkan dirinya sendiri".Jelas disini betapa pentingnya hubungan silaturrahim sesama mukmin.di dalam kelompok usrah,kita boleh merapatkan ukhuwah antara satu sama lain dgn cara berkongsi ilmu,bertukar-tukar pendapat dan berkongsi masalah.

3.tempat berbincang
Konsep musyawarah telah lama wujud dalam Islam.Bermula dari zaman para anbiya' ,para sahabar sehinggalah ke hari ini.Dalam usrah,amat dititik beratkan perbincangan sesama ahli agar sesuatu perkara dapat didalami,dijelasi dan difahami dengan sepenuhnya.Dalam usrah,dakwah boleh disampaikan sepertimana yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu menggunakan pendekatan usrah sebagai langkah awal dalam usaha menyebarkan agama Islam.

adab usrah
1.membuka majlis dgn ummul furqan (al-fatihah)
2.duduk dalam satu halaqah
3.tidak bercakap antara satu sama lain ketika naqib/naqibah menyampaikan ilmu
4.IKHLAS untuk berusrah

rukun usrah
1. at-ta'aruf (mengenali)
2. at-tafahum(memahami)
3. at-takaful(membantu)



No comments:

Post a Comment

ampuni kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails